SELAMAT DATANG KE SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER IKM LUMUT PERAK

Powered By Blogger

Informasi Semester

  1. Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Januari-Jun 2017 pada 27 Disember 2016
  2. Minggu Silaturahim 27-30 Disember 2017
  3. Pendaftaran Pelajar Kanan Pada 3 Jan 2017
  4. Latihan Industri 3 Januari 2017-19 Mei 2017
  5. Pembelajaran & Penilaian 1:3 Jan - 10 Mac 2017
  6. Pembelajaran & Penilaian 2:20 Mac-12 Mei 2017
  7. Minggu Aktiviti:13-17 Mac 2017
  8. Minggu Ulangkaji:Minggu 15-19 Mei 2017
  9. Peperiksaaan Akhir 22 Mei - 16 Jun 2017
  10. Cuti Sem 12 Jun - 7 Julai 2017

Free Codes

Followers

Saturday, January 1, 2011

Matikan Autoplay Dalam Windows XP

Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
  4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
  5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK

Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:

Matikan Autoplay Menggunakan Registry Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan regedit dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
    • HKEY_CURRENT_USER
    • Software
    • Microsoft
    • Windows
    • CurrentVersion
    • Policies
    • Explorer
  4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
  5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal
.:SELAMAT MENCUBA:.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...