SELAMAT DATANG KE SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER IKM LUMUT PERAK

Powered By Blogger

Informasi Semester

  1. Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Januari-Jun 2017 pada 27 Disember 2016
  2. Minggu Silaturahim 27-30 Disember 2017
  3. Pendaftaran Pelajar Kanan Pada 3 Jan 2017
  4. Latihan Industri 3 Januari 2017-19 Mei 2017
  5. Pembelajaran & Penilaian 1:3 Jan - 10 Mac 2017
  6. Pembelajaran & Penilaian 2:20 Mac-12 Mei 2017
  7. Minggu Aktiviti:13-17 Mac 2017
  8. Minggu Ulangkaji:Minggu 15-19 Mei 2017
  9. Peperiksaaan Akhir 22 Mei - 16 Jun 2017
  10. Cuti Sem 12 Jun - 7 Julai 2017

Free Codes

Followers

Saturday, January 1, 2011

Tidak Boleh Double Click

dialog “Open With”

Masalah:

Mengapa tidak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Scan komputer dengan antivirus, tapi masih tiada hasil.

Penerangan:

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Penyelesaian:

  1. Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.
  2. Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
    • Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
    • Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
  3. Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
  4. Restart komputer

1 comment:

  1. It's very easy to find out any topic on web as
    compared to books, as I found this piece of writing at this web site.


    my website: miracles

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...